SEMUT: PASUKAN BERORGANISAI YANG MENGANCAM KEBERSIHAN RUMAH ANDA

Serangga sosial yang tergolong dalam keluarga Formicidae dan termasuk dalam order Hymenoptera, sama seperti lebah dan tebuan. Serangga kecil ini mempunyai daya kerjasama yang tinggi dan berkomunikasi menggunakan feromon untuk menandakan laluan makanan, memberi amaran tentang bahaya, dan berinteraksi dengan ahli koloni lain.


Jenis-Jenis Semut Yang Biasa Ditemui:

  • Semut Api  – Agresif dan mempunyai sengatan menyakitkan.
  • Semut Hitam  – Banyak ditemui di rumah dan mencari makanan manis.
  • Semut Kayu  – Merosakkan kayu dalam bangunan



Struktur Koloni:

  1. Ratu – Bertanggungjawab bertelur untuk membiak populasi.
  2. Pekerja – Mencari makanan, menjaga telur, dan membina sarang.
  3. Askar – Melindungi koloni daripada ancaman.