LIPAS: PEROSAK KOTOR YANG MENGANCAM KEBERSIHAN RUMAH ANDA

Serangga yang tergolong dalam order Blattodea dan terkenal sebagai salah satu perosak utama di rumah serta persekitaran manusia. Serangga ini mempunyai badan leper, berkaki panjang, dan sesungut yang sensitif, membolehkannya bergerak dengan pantas dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.


Lipas terkenal kerana daya tahan yang tinggi dan keupayaannya untuk hidup dalam keadaan yang ekstrem. Ia sering ditemui di tempat gelap, lembap, dan kotor seperti dapur, bilik air, serta saluran perparitan. Selain itu, lipas boleh menjadi vektor penyakit kerana ia membawa bakteria dan kuman yang boleh mencemarkan makanan serta menyebabkan masalah kesihatan seperti alergi dan asma.


Jenis-Jenis Lipas DiMalaysia:

Terdapat beberapa spesies lipas yang biasa ditemui, terutamanya di rumah, restoran, dan kawasan perindustrian. Berikut adalah beberapa jenis lipas yang sering menjadi perosak:

1️⃣ Lipas Jerman (Blattella germanica)

✔️ Saiz: Kecil (10-15 mm)
✔️ Warna: Coklat muda dengan dua jalur hitam di belakang kepala
✔️ Habitat: Dapur, restoran, hotel, dan tempat penyimpanan makanan
✔️ Ciri Khas: Membiak dengan cepat dan sukar dikawal

2️⃣ Lipas Amerika (Periplaneta americana)

✔️ Saiz: Besar (35-50 mm)
✔️ Warna: Coklat kemerahan
✔️ Habitat: Longkang, bangunan terbiar, saluran perparitan
✔️ Ciri Khas: Boleh terbang dan tahan lasak

3️⃣ Lipas Oriental (Blatta orientalis)

✔️ Saiz: Sederhana (25-30 mm)
✔️ Warna: Hitam atau coklat gelap
✔️ Habitat: Kawasan lembap dan sejuk seperti bilik air dan bawah sinki
✔️ Ciri Khas: Bergerak lebih perlahan berbanding spesies lain

4️⃣ Lipas Jalur Coklat (Supella longipalpa)

✔️ Saiz: Kecil (10-14 mm)
✔️ Warna: Coklat kekuningan dengan jalur melintang di badannya
✔️ Habitat: Belakang perabot, almari pakaian, dan elektronik rumah
✔️ Ciri Khas: Suka tinggal di kawasan kering dan mampu memanjat dinding