KUTU: PARASIT KECIL, ANCAMAN BESAR KEPADA KESIHATAN

Serangga parasit kecil yang hidup dengan menghisap darah haiwan atau manusia. Ia tergolong dalam order Phthiraptera dan tidak mempunyai sayap. Kutu biasanya ditemui pada kulit, rambut, atau bulu perumahnya dan boleh menyebabkan kegatalan serta ketidakselesaan.


Kutu membiak dengan cepat dan sukar dikawal jika tidak diatasi dengan segera. Terdapat beberapa jenis kutu yang sering mengganggu manusia dan haiwan peliharaan, antaranya:


Jenis-Jenis Kutu:

  • Kutu Kepala (Pediculus humanus capitis) – Menyerang kulit kepala manusia dan menyebabkan kegatalan serta ketidakselesaan.
  • Kutu Badan (Pediculus humanus humanus) – Hidup pada pakaian dan boleh menyebarkan penyakit seperti typhus.
  • Kutu Anjing & Kucing (Ctenocephalides spp.) – Menghisap darah haiwan peliharaan dan boleh menjangkiti manusia.
  • Kutu Tikus (Xenopsylla cheopis) – Boleh menyebarkan penyakit berbahaya seperti wabak bubonik